Tuesday, January 10, 2012

AuRa MaYa @ AgHnA HoUse


Usaplah wajah dengan lembut saat menyapu cream pd wajah, jangan digosok dgn kuat pada saat mencuci wajah dengan sabun.
Di awal perawatan tidak diperbolehkan memakai kosmetik berupa bedak tabur/compact powder utk serasikan Aura Maya dgn skin.
Hindari wajah dari sengatan matahari terlalu lama.. kalau sekejap2 xpe.. ye la.. matahari sekarang ni x bagus kecuali matahari di awal pagi.. ada vit E.. jgn tadah je muka kat matahari :).
Jangan berenang selama awal perawatan. Sebab dlm kolam renang ada sejenis bahan kimia yg boleh menyebab kan skin burn.. ala2 mcm mandi laut juge la.. :) selain klorin.
Pada masa tempoh Aura Maya nak serasi ngan skin (biasanya pd hari ke-4 hingga hari ke-8) jika kulit memerah dan terasa gatal merenyam.. adalah normal karena kulit wajah sedang mengalami penyingkiran sel kulit mati.

Cara pakai bg kulit sensitif:
Kulit sensitif, gunakan sabun terlebih dahulu selama 3 hari untuk membersihkan. Selanjutnya, gunakan cream siang selama 1 minggu. Setelah adaptasi, gunakan keseluruhan produk sesuai aturan.

Cara pakai bg kulit berjerawaat:
Kulit berjerawat, bersihkan wajah dengan sabun lebih sering. dan diikuti pakai krim siang/mlm mengikut waktu.
Bersihkan tangan jika ingin kontak dengan kulit wajah atau gunakan tissue lembut.

Catatan Penting:

Ini adalah adunan dokter yang dijual secara direct selling. So xde jual kat kedai2.. krim2 di bancuh mengikut order.
Sudah diteliti di makmal UTMJB bahwa produk ini BEBAS Mercury & Hidroqinoin .

Sudah ramai yg mencuba & mmg terbukti berkesan, memang nyata berbeza!

Depan

Belakang


Dalam

Set

Pos Laju

Friday, January 6, 2012

Wang Malaysia Yang Terbaru...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Siri Mata Wang Baru Malaysia semalam, 21 Disember 2011. Reka bentuk wang kertas siri ke-4 dan terbaru ini menggunakan inspirasi dan ilham ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara Malaysia.
Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi seni tradisional dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Bahagian depan semua denominasi wang kertas masih mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional. Siri wang kertas yang mempunyai reka bentuk baru ialah nota RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Wang RM1 dan RM5 adalah dalam bentuk polimer, wang RM50 pula masih kekal dalam reka bentuk lama. Mata wang RM20 telah diperkenalkan semula dalam Siri Mata Wang Baru dari Bank Negara Malaysia (BNM) setelah diberhentikan pengeluarannya pada tahun 1995 kira-kira lebih 16 tahun yang lepas.
Wang RM20 itu diberikan warna oren dan mengabadikan ilustrasi 2 jenis spesies penyu iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang hanya boleh didapati di perairan Malaysia. Ia juga melambangkan hidupan laut tropika negara Malaysia yang pelbagai serta berwarna-warni. Wang kertas dan polimer yang bereka bentuk baru ini akan mula diedarkan pada bulan Julai 2012 manakala wang syiling baru iaitu 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang telah dilancarkan pada Julai 2011 yang lalu akan diedarkan pada Januari 2012. Bersempena dengan pelancaran wang kertas ini, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan iaitu: 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) dijual pada harga RM15, 500,000, Koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) dijual pada harga RM300. Semua wang kertas peringatan tersebut menggunakan nombor siri yang sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi.
Bagi mereka yang berminat, sila dapatkan koleksi terhad ini di ibu pejabat BNM, Kuala Lumpur & cawangan-cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini.







DUit syiling 50 sen
Ikon Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen baru ini amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka.

Duit syiling 20 sen
Ikon Bunga Melur
Bunga melur yang mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia dipaparkan pada duit syiling 20 sen baharu.

Duit syiling 10 sen
Ikon Motif Orang Asli
Warisan orang asli di Malaysia diabadikan dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Mari pada duit syiling 10 sen baru.

Duit syiling 5 sen
Ikon Destar Siga
Destar siga yang merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah, menjadi corak pada bahagian hadapan duit syiling 5 sen baru.

Wednesday, January 4, 2012

8P Tip Kebahagian Rumahtangga’ ini:-

1. P yang pertama ialah ‘puji’. Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan amin.


2. P kedua ialah ‘peluk’. Peluk ialah yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang amin. 
3. P ketiga ialah ‘penghargaan’. Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah ‘perhatian’. Hal ini yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan amin. 
5. P kelima mewakili ‘persefahaman’. Persefahaman penting kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing amin. 6. P keenam membawa maksud ‘pergaulan’. Pergaulan iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga amin.
7. P ketujuh adalah ‘percutian’. Di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain amin. 
8. P yang terakhir ialah ‘permohonan’. Permohonan adalah doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia amin...