Friday, January 6, 2012

Wang Malaysia Yang Terbaru...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Siri Mata Wang Baru Malaysia semalam, 21 Disember 2011. Reka bentuk wang kertas siri ke-4 dan terbaru ini menggunakan inspirasi dan ilham ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara Malaysia.
Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi seni tradisional dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Bahagian depan semua denominasi wang kertas masih mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional. Siri wang kertas yang mempunyai reka bentuk baru ialah nota RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Wang RM1 dan RM5 adalah dalam bentuk polimer, wang RM50 pula masih kekal dalam reka bentuk lama. Mata wang RM20 telah diperkenalkan semula dalam Siri Mata Wang Baru dari Bank Negara Malaysia (BNM) setelah diberhentikan pengeluarannya pada tahun 1995 kira-kira lebih 16 tahun yang lepas.
Wang RM20 itu diberikan warna oren dan mengabadikan ilustrasi 2 jenis spesies penyu iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang hanya boleh didapati di perairan Malaysia. Ia juga melambangkan hidupan laut tropika negara Malaysia yang pelbagai serta berwarna-warni. Wang kertas dan polimer yang bereka bentuk baru ini akan mula diedarkan pada bulan Julai 2012 manakala wang syiling baru iaitu 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang telah dilancarkan pada Julai 2011 yang lalu akan diedarkan pada Januari 2012. Bersempena dengan pelancaran wang kertas ini, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan iaitu: 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) dijual pada harga RM15, 500,000, Koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) dijual pada harga RM300. Semua wang kertas peringatan tersebut menggunakan nombor siri yang sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi.
Bagi mereka yang berminat, sila dapatkan koleksi terhad ini di ibu pejabat BNM, Kuala Lumpur & cawangan-cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini.







DUit syiling 50 sen
Ikon Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen baru ini amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka.

Duit syiling 20 sen
Ikon Bunga Melur
Bunga melur yang mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia dipaparkan pada duit syiling 20 sen baharu.

Duit syiling 10 sen
Ikon Motif Orang Asli
Warisan orang asli di Malaysia diabadikan dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Mari pada duit syiling 10 sen baru.

Duit syiling 5 sen
Ikon Destar Siga
Destar siga yang merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah, menjadi corak pada bahagian hadapan duit syiling 5 sen baru.

No comments:

Post a Comment